CARA-CARA MENGATASI LIPAS DI DALAM KEDIAMAN ANDA



Lipas merupakan salah satu serangga yang paling menggelikan di dunia. Sebaik sahaja ia menyebarkan kepaknya dan terbang dari satu tempat ke tempat yang lain, anda pasti akan menjerit seperti orang yang terkena histeria! Lipas sememangnya sukar untuk dihapuskan memandangkan keupayaannya untuk hidup di dalam sebarang suasana dan mampu untuk memakan apa jua sumber makanan seperti sisa sampah. 

Malah, para saintis turut berpendapat bahawa serangga ini merupakan serangga yang paling lama wujud di dunia, ditemui kira-kira 320 juta tahun yang lalu. Hal ini membawa maksud lipas sudah pun hidup di dunia sebelum kemunculan dinosaur. Sementara lipas dikenali sebagai haiwan yang gemarkan persekitaran kotor, kita pasti pernah terserempak dengan beberapa ekor lipas di dalam rumah kita walaupun keadaan rumah diyakini bersih. 

Puncanya adalah kerana serangga ini hanya memerlukan tiga keperluan asas untuk meneruskan hidup iaitu makanan, air dan juga tempat perlindungan. Tambahan pula, lipas adalah serangga nokturnal dan cenderung untuk bersembunyi di kawasan yang gelap dan sempit. Di samping itu, lipas turut membawa pelbagai jenis bakteria, virus dan parasit pada badan mereka. Kesemua kuman ini boleh merebak di sekitar kawasan rumah dan mengakibatkan kesan sampingan seperti alergi dan pelbagai penyakit lain. Justeru, bagi mengelakkan rumah anda daripada menjadi pusat penginapan lipas, ini cara yang terbaik:

KLIK UNTUK BACA SEPENUHNYA:
CARA MENGATASI LIPAS DI KEDIAMAN



No comments: