CARA BUAT BISKUT SUSU YANG SIMPLE


Anda rasa boleh membuat biskut susu yang sedap dengan hanya menggunakan 2 bahan.Mungkin ada yang tak perasan, biskut ini kerap juga menjadi viral terutamanya ketika menjelang hari perayaan. Sekiranya anda tidak sempat untuk menempah biskut atau anda hanya inginkan yang ringkas.

Biskut susu 2 bahan yang dimaksudkan ini memang amat mudah untuk dibuat. Rasanya rangup di luar, gebu di dalam. Kebiasaannya anak-anak sangat suka denan biskut ini, mungkin sebab perasa susu.


Artikel biskut pilihan kali ini kami kan kongsikan dengan anda cara membuat biskut ini dengan menggunakan 2 bahan sahaja.

Kalau nak berwarna & berperasa, tukar dengan susu pekat yang berperisa coklat atau bandung.


BAHAN-BAHAN:

  • 200g tepung jagung
  • 200g susu pekat (boleh juga guna susu pekat berperisa)


*Bagi yang tanya dalam sukatan cawan, agak-agaklah 1 cawan tepung bersamaan dengan 1 cawan susu pekat. Tapi, masukkan sedikit demi sedikit ya.


*Kalau nak versi warna dan berperisa boleh guna susu pekat perisa coklat atau bandung macam di bawah ini




CARA-CARA

1. Gaulkan Bahan Sedikit Demi Sedikit
Mula-mula, masukkan susu pekat sedikit demi sedikit ke dalam tepung jagung supaya boleh ‘adjust’ teksturnya. Jangan terus masukkan semua susu pekat ke dalam tepung.
Kalau rasa terlalu lembik, tambahkan sedikit tepungnya. Kalau rasa keras, barulah tambahkan sedikit susu pekat.

2. Bentukkan Doh
Gaulkan kedua-dua bahan ini sampailah ia menjadi doh. Saya ulikan dengan tangan saja.
Kalau doh dah sebati dan tak melekat di tangan, maksudnya dah OK dan sedia untuk dibentuk.

3. Bentukkan
Bila doh dah jadi elok, bolehlah bentukkan ikut kreativiti masing-masing.
Saya buat bentuk bulat-bulat, lepas tu tekan dengan garfu saja. Tak ada pakai acuan pun.

4. Bakar
Akhir sekali, bakar macam biasa. Saya guna periuk ajaib dengan api paling kecil. Ambil masa lebih kurang 10-15 minit. Kalau ia dah tak melekat di permukaan, maksudnya dah masaklah tu.
Bagi yang gunakan oven saya kurang pasti. Tapi ada resepi  yang dirujuk anggarkan boleh bakar dalam 10 minit dalam suhu 180 darjah.

SIAP! MUDAH, BUKAN?

Bila dah siap, keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk sekejap. Kemudian simpanlah dalam bekas kedap udara.

Simple kan?
Anda boleh olah ikut kreativiti sendiri. Mungkin ada yang nak letak topping ceri, chocolate chip, chocolate rice, atau apa-apa saja untuk menambahkan seri dan mempelbagaikan rasanya. Itu saja artikel biskut pilihan kami kali ini,semoga berjumpa lagi di dalam artikel seterusnya nanti.

Selamat mencuba.





No comments: