10 CARA ATASI TIDUR BERDENGKUR


Berdengkur akan mengeluarkan bunyi bising semasa bernafas dan ia berlaku semasa seseorang nyenyak tidur. Ia berlaku apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi itu berlaku apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar antara satu sama lain. Dengkuran akan bertambah mengikut umur dan ada yang mengatakan boleh mendatangkan bahaya.

Adakah pasangan anda berdengkur? Adakah pasangan anda atau terdapat dikalangan keluarga anda mengalami masalah dengkuran yang teruk? Jika ada, di sini disenaraikan tip-tip mudah untuk mengatasi masalah dengkur.


KLIK UNTUK BACA SEPENUHNYA:
10 TIPS ATASI TIDUR BERDENGKUR




KENALI 10 TANDA-TANDA SEBELUM PENYAKIT GOUT


Penyakit gout merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan.Asid urik adalah merupakan bahan kumuh yang berasal daripada sejenis protein dipanggil purin.Badan manusia akan membuang bahan kumuh seperti asid urik ini melalui pembuangan air kencing (urine). Untuk pengidap gout, asid urik yang telah berlebihan tidak dibuang dan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari. Penyakit gout juga merupakan salah satu penyakit yang paling lama dihidapi oleh manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada waktu dahulu penyakit gout boleh menyebabkan kemudaratan serta kecacatan, tetapi dengan adanya kemajuan dalam bidang perubatan, penyakit gout kini boleh dikawal samada secara perubatan moden atau penawar gout . Di bawah adalah kompilasi tanda tanda gout yang saya dapat dari artikel-artikel di internet. Ini adalah sebagai panduan asas. Jika ada salah satu tanda tanda penyakit gout tersebut segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan.



KLIK UNTUK BACA SEPENUHNYA:
10 TANDA PENYAKIT GOUT



CIMBCLICK DI JAMIN SELAMAT



Portal perbankan dalam talian CIMB Bank Bhd, CIMBClicks, dijamin selamat, dan semua transaksi pelanggan terus dilindungi.

"Bank itu memaklumkan bahawa pada hujung minggu, memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi CIMBClicks.
"Selain memastikan sistem itu kini dapat menampung kata laluan yang melebihi lapan aksara dan sehingga 20 aksara, kami juga telah menambah langkah keselamatan reCaptcha pada CIMBClicks untuk memastikan pengguna bukan bot," kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini susulan berita di media sosial baru-baru ini yang mendakwa portal perbankan dalam talian itu kurang terjamin.


SENTUHAN KREATIF BARANG TERBUANG

DARIPADA sekecil-kecil kerang sehingga selembar kain semuanya menzahirkan hasil seni yang bermutu tinggi. Tidak keterlaluan jua, sentuhan sang artis ini menjadi rebutan ramai pengumpul koleksi seni.

Bertemu pemilik tangan emas ini, Chang Yoong Chia yang kini mengadakan Pameran ‘Second Life’ - Gemilang 2 Dekad di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur hingga 31 Januari ini antara peluang keemasan buat penulis.



Ia membabitkan hasil seninya yang masih dalam koleksi peribadi dan ada juga dipinjam semula daripada pembeli.

Semua yang terpamer dalam lukisannya membuktikan orang seni bukan saja mampu melakar jiwa pada sekeping kanvas, malah lebih daripada itu.



Bercerita berkenaan tajuk pameran itu Chang berkata, semua hasil seninya menggambarkan bahan yang dianggap sebagai buangan sebenarnya boleh dizahirkan dalam suatu bentuk bernilai sekiranya diberi sentuhan kreatif.

Beliau berkata, antara bahan terbuang yang diketengahkan adalah helaian daun dikutip berhampiran Gunung Merapi, Indonesia dan di sebuah tempat di India. Daun kering itu dilukis semula seterusnya menjadi bahan yang bermakna.




“Kita sering melihat sesuatu bahan yang terbuang itu tidak mampu untuk digunakan lagi tetapi sebenarnya boleh memberi ‘kehidupan’ kedua kepadanya dengan menonjolkan fungsi yang berbeza seperti menjadi kanvas lukisan saya pada hari ini.
Potret itu disulam satu persatu dan digabungkan sehingga menjadi sehelai selimut. Difahamkan, hasil seni itu menceritakan kisah orang tersayang yang terpahat kukuh dalam memori seseorang.

Jelasnya lagi, semua karya yang ditampilkan dalam pameran kali ini turut menceritakan berkenaan perjalanannya sebagai seorang artis, daripada mencari identiti sehinggalah pertemuan dengan isterinya.

“Di satu sudut pameran ini terdapat lukisan minyak bermain rona hitam dan putih menceritakan permulaan saya mencari identiti sebagai seorang artis dan ia memberi gambaran kepada umum mencari identiti adalah sesuatu yang sukar serta perlu digali.



“Saya bersyukur hasil karya ini juga sudah dipamerkan di lebih 10 negara dan pameran di Balai Seni Negara pada kali ini juga memberi nafas yang berbeza untuk tontonan umum serta menterjemahkannya,” katanya.

Sepanjang tempoh pembabitan sebagai pelukis, beliau gemar mengembangkan ilmu dan kemahirannya dengan menyertai program residensi serta komuniti tempatan atau antarabangsa.


MUZIUM TERTUA NEGARA



Jika menyebut mengenai muzium pastinya ada yang menzahirkan pendapat ia tempat membosankan kerana menyimpan pelbagai koleksi barangan lama yang usianya mencecah ratusan tahun.

Hakikatnya entiti berkenaan mempunyai peranan yang besar kepada negara dan bangsa biarpun ramai yang seakan-akan sengaja ‘melupakan’ kewujudannya.

Ia bersesuaian dengan definisi muzium sebagai gedung pengetahuan yang mentafsirkan warisan bangsa yang kaya dari segi ilmu dan artifaknya.

Malahan, ia juga dianggap sebagai pemegang amanah pelbagai persoalan sejarah dan tamadun yang tidak ternilai serta tak dapat ditukar ganti.

Di samping berperanan sebagai institusi pendidikan, muzium juga bertanggungjawab untuk menyemarakkan rasa cinta negara dan pembentukan jati diri bangsa menerusi pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

Sungguhpun begitu, masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan muzium pertama di negara ini bahkan juga dikatakan antara yang terawal di rantau Asia Tenggara.

Ia adalah Muzium Perak yang terletak di antara persimpangan Jalan Taming Sari dan Jalan Muzium Ulu di Taiping, kira-kira 85 kilometer dari Ipoh.

Kini, muzium berkenaan sudah berusia 135 tahun dan sambutan ulang tahunnya pada tahun ini dirasmikan Pemangku Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, baru-baru ini.

Dianggarkan 1,257 koleksi dipamerkan Muzium Perak dengan di Galeri A (khas) 266 koleksi, Galeri B (alam semula jadi) 297 koleksi, Galeri C (kebudayaan) 313 koleksi dan Galeri D (Orang Asli dan koleksi tembikar) dengan masing-masing 165 serta 175 koleksi manakala Pameran Luar pula mempunyai 41 koleksi.

Pengarah Muzium Perak Nor Hanisah Ahmad berkata, muzium berkenaan dibina secara rasminya pada 1 Januari 1883 dan idea penubuhannya dicetuskan oleh Residen British ketiga di Perak iaitu Sir Hugh Low.

“Beliau melantik seorang penguasa Taman Maxwell Hill (kini dikenali sebagai Bukit Larut) di Taiping, Leonard Wray sebagai kurator pertama Muzium Perak untuk mengumpul spesimen alam semula jadi dan etnologi tempatan sebagai koleksi awal muzium itu.

“Selepas Perjanjian Pangkor 1874, Taiping menjadi pusat pentadbiran British dan dijadikan sebagai ibu negeri Perak.

“Pihak pentadbiran British berasakan perlunya menubuhkan sebuah muzium sebagai pusat penyelidikan dan pengumpulan bahan sejarah, adat resam, budaya serta alam semula jadi tempatan,” katanya.

Beliau berkata, ini antara usaha pihak British untuk lebih memahami cara hidup dan budaya masyarakat setempat bagi memudahkan mereka dalam mentadbir negara ini.

Menurutnya, atas faktor itulah Muzium Perak dibina sezaman dengan pusat pentadbiran penting yang lain seperti balai polis, penjara, pejabat daerah, pejabat pos, telegraf dan stesen kereta api.

“Taiping pada waktu itu adalah bandar tersusun terawal di Semenanjung Tanah Melayu yang menempatkan pusat pentadbiran British, pusat perniagaan maju, mempunyai kepadatan penduduk daripada pelbagai kaum dan mengalami pembangunan ekonomi pesat.

“Jadi tidak hairanlah mengapa terdapat banyak perkara pertama di negara ini berlaku di Taiping.

“Penggunaan nama Muzium Perak juga disebabkan statusnya ketika itu sebagai muzium utama bagi Perak dan Tanah Melayu,” katanya.

Katanya, pembinaan bangunan Muzium Perak menggunakan khidmat arkitek berbangsa Inggeris dari England. Beliau menerapkan gaya dan ciri-ciri bangunan masyarakat Moor di India dengan gabungan seni bina Neo-Klasik dan zaman Victoria dalam seni bina pembinaan muzium terbabit.

Jelasnya, bangunan muzium terbabit mempunyai empat menara yang menyerupai istana di Eropah pada era Neo-Klasik.

“Muzium Perak melalui beberapa fasa perubahan yang tersendiri. Bermula dengan sejarah awal penubuhan (1883 hingga 1940) seterusnya melalui era Perang Dunia (1941 hingga 1957), zaman selepas kemerdekaan (1957 hingga 1963) dan era selepas penubuhan Malaysia (1963 hingga 2007).

“Oleh kerana usianya sudah melebihi 100 tahun, bangunan Muzium Perak mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Daftar Warisan Kebangsaan dalam kategori bangunan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005,” katanya.