HOMESTAY DI MALAYSIA YANG UNIK




Jika bosan tinggal di hotel, cuba beralih pada homestay Malaysia pula. Lebih banyak aktiviti kekampungan yang boleh dilakukan. Bukan sekadar menginap!



KLIK UNTUK BACA SEPENUHNYA:
Homestay Malaysia Yang Unik, Lain Dari Yang Lain!


7 CARA MEMIKAT HATI PEREMPUAN



Kebiasaannya kebanyakkan lelaki inginkan wanita yang sofistikated. Namun,ianya bukan mudah untuk memiliki jenis itu. Kenali dulu kehidupan mereka. Kenali cara perwatakkan mereka dan lain-lain tentang diri perempuan tersebut. Artikel kali ini kami kongsikan bagaimana cara untuk anda memikat hati wanita seperti ini.

Artikel ini khas untuk kaum lelaki dan semoga ianya bermaanfaat pada anda.


KLIK UNTUK BACA SEPENUHNYA:
7 Cara Memikat Hati Wanita Dengan Mudah. Ada Rahsianya!

7 PETUA HILANGKAN PARUT CARA TRADISIONAL




PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT

Jerawat bukan hanya pada anak remaja sahaja. Orang yang sudah berkahwin, malahan sudah ada anak masih lagi mukanya dihinggapi jerawat. Artikel kali ini kami ingin kongsikan dengan anda cara menghilangkan parut-parut jerawat anda dengan cara kampung/tradisional.

1. GUNA KULIT KAYU MANIS DAN BEDAK SEJUK

Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.
Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.

2. GUNA LIDAH BUAYA (ALOE VERA)

Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.

3. GUNA ASAM JAWA

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.

4. GUNA MADU

Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

5. GUNA TIMUN

Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

6. GUNA DAUN SENDUDUK

Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

7. GUNA DAUN SIRIH MUDA

Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

ALTERNATIF LAIN

Jika guna rawatan tradisional juga tidak menjadi, boleh juga cuba kaedah moden. Rawatan semulajadi memang bagus, cuma kesannya agak lama untuk direalisasikan. Kaedah moden dapat menghilangkan bekas jerawat dengan cepat dan mudah.
Selamat mencuba!

CARA HILANGKAN SEDU



Menurut The Guinness Book of World Records, rekod yang paling lama orang yang mempunyai sedu adalah Charles Osborne (1892-1991), dari Anthon, IA. Dia mempunyai sedu selama 68 tahun, dari 1922 hingga 1990. Bayangkan kesakitannya! Tutup telinga; Tekan jari anda di telinga anda selama 20-30 saat atau tekan bahagian lembut di belakang telinga anda di bawah pangkal tengkorak. 

Ini akan menghantar isyarat “santai” melalui saraf vagus, yang menghubungkan ke diafragma. Minum seteguk air; Air ditelan menggunakan jerami melegakan saraf. Berkumur dengan air juga mungkin mempunyai kesan yang sama. Kaedah ini biasanya membantu menghentikan sedu selepas beberapa cubaan, tetapi kadang-kadang perlu mencuba beberapa kali. Tutup telinga sambil minum air; Tutup telinga anda sambil minum air menggunakan straw. Apabila anda meletakkan jari anda di telinga anda untuk menyekatnya, anda sebenarnya menekan pada saraf vagus.

Bernafas dalam beg kertas; Kaedah ini meningkatkan tekanan separa karbon dioksida dalam darah dan membuat hubungan diafragma dengan lebih mendalam untuk membawa lebih banyak oksigen. Madu dan lemon; Mengunyah lemon atau makan madu dengan air suam merangsang saraf vagus dan memberikannya rehat dari sedu. Saraf vagus berjalan dari otak anda ke perut anda.

PERHIASAN BARANG KEMAS AMAT PERLU BAGI SEORANG WANITA


Ada cara mudah nak kekal awet muda, tak perlu diet atau ke spa. Anda hanya perlu pakai emas. Sebab tu nenek moyang kita memang jadikan emas perhiasan utama wanita kerana emas mempunyai aura yang membuatkan wajah kita tampak muda. Satu lagi emas ni sebenarnya simpanan ‘diam’ wanita. Kalau sesak atau kecemasan, boleh digadai untuk dapatkan wang tunai. Menyimpan emas lagi untung daripada menyimpan wang kerana nilai emas stabil di pasaran dunia.

KLIK UNTUK BACA SEPENUHNYA:
PERHIASAN BARANG KEMAS AMAT PERLU BAGI SEORANG WANITA